Sunday 20 May 2012

Pengenalan IDEALS BIKERS CLUB, Bachok




Ideals Bikers Club, Bachok adalah sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi yang ditubuhkan untuk menghimpunkan para peminat motosikal berkuasa tinggi daerah bachok. Kelab ini mula ditubuhkan pada tahun 2008 di Restoran Selera Desa, Beris, bachok kelantan dengan ahli permulaan seramai 8 orang. Mesyuarat penubuhan pertama diadakan pada 1 Disember 2008. Kelab ini menghimpunkan pemilik motosikal berkuasa 250cc keatas.

Kelab ini mula mempunyai logo setelah diadakan satu pertandingan mencipta logo yang akhirnya dimenangi oleh EN Wan Azmi. Dengan itu, logo IBC kekal sehingga hari ini kecuali berlaku sedikit perubahan warna. Penyertaan peminat motosikal berkuasa tinggi semakin bertambah sehingga pada tahun 2012, ahli berdaftar IBC yang aktif mencecah 30 orang. Berbagai program diatur untuk mengeratkan permaufakatan antara ahli ibc diadakan seperti Konvoi ke comeron highland, pulau pinang, cerating, terengganu  dan Gambang. Selain dari konvoi,  antara aktiviti lain yang pernah diadakan adalah majlis berbuka puasa, Majlis bakar ayam bersama ahli keluarga, Derma untuk golongan miskin, menyertai perarakan dan sambutan hari raya.

No comments:

Post a Comment