Namun begitu, seperti biasa, hari nak pergi ramai peserta "kencing bera". Ada yang tak dibenarkan oleh bini laa, nak gi sabah laa, motor pecah tangki air laa, lembu tak ada orang jaga laa, bini kursus laa, tak leh lesen laa, motor baiki laa, macam macam lagilah Namun begitu, yang cekal dan terus apa yang dikatakan hanyalah 8 buah sahaja iaitu Salpini dan isteri (GTR1400)), Abg Mie dan isteri (VN 1500), Zaidi dan Isteri (z1000), Mohd Khir (Magna 750), Lani Pomen (VN800), Yazid (VN 500) Mat Giat (VN900) dan Gan (VS800) Konvoi di iringi oleh sebuah Hilux milik Mohd Khir yang dipandu oleh anak lani dan Mat duan (taiko)
Permulaan disertai oleh Karmizi (VN 1500) dan Baharin (VN1500) sampai ke batu melintang Mamun mereka patah balik secara tiba tiba. Konvoi berhenti makan dbatu melintang sambil isi minyak Konvoi diteruskan ke grik sebelum isi minyak di shell grik Mohd Khir dan Yazid nak balik setelah tahu presiden IBC (karmizi) tidak meneruskan konvoi. Mat duan (taiko) kata presiden Kencing bera. Namun Abg mie dapat pujuk mereka meneruskan perjalanan. Perjalanan diteruskan dengan GTR1400 didepan diikuti rapat oleh yazid dan zaidi. Kisah sesat bermula di simpang ke sik Abg mie VN 1500 dan Gan Intruder 800 terus tanpa masuk simpang. Mat giat (VN 900) terus ke Perlis dan masuk ke thailand, Sapini (gtr 1400, Yazid (VN 500), Lani (VN 800) Zaidi Z1000 dan Mohd Khir ikut Sik - Jeniang. Abg Mie dan gan terus perlawas motor ke butterword sebelum turun ke gurun ikut lebuhraya. Harap dapat bertemu di Gurun Namun tak bertemu. Abg mie rosak motor di Alor Star (Bateri Mapuh) Namun Gan bawa bateri Spare. Terus ke changlun dan bertolak ke kangar sampai pukul 6 petang. Peserta lain sampai pukul 3ptg lagi.Ke tapak even bike fest sebelum dijemput fadli ke homestay. Malam - makan malam dengan set motor fadli di restoran tom yam. Kemudian berkonvoi mengelilingi perlis ke kuala perlis sebelum balik ke tapak even Pukul 1 baru balik tidur. Dapat berita 2 kemalangan maut melibatkan motosikal berkuasa tinggi satu di perlis (CBR900) dan satu di pengkalan Hulu (Ducati Dievel)
Esok Pagi pagi lagi salpini dan zaidi menyertai fadli masuk ke thailand untuk ke hadnyai. Mereka balik ikut thailand dan sampai rumah 4 petang. Tinggal set motor chooper balik ikut grik Selepas makan pagi, lani baiki motor yazid namun tak berjaya Naik Hilux motor yazid Tinggal 4 buah yang meneruskan perjaanan ikut grik. lepas motor yazid naik hilux, motor abg mie pulak beronal. Jumper sampai habis bateri tak hidup. Jumper dengan bateri hilux baru hidup. Nak mula perjaanan, lori sampah mari depan abg mie menyebabkan motor mati semula. jumper pula baru hidup. Sebab dah lewat, konvoi terus balik tampa ke tapak even.Masa balik, zaidi hilang dari konvoi namun bersama semula di gurun. Berhenti makan di gurun Terus ke grik dlm pukul 5 ptg Melintas bukit ke batu melintang dan berhenti sembahyang di batu melintang. Makan di jeli dan balik rumah dalam pukul 11 malam
Add caption |
gambar