Friday 8 November 2013

konvoi ke taiping bike week 1 dan 2 November 2013

Konvoi Ke Taiping Bike Week 2013


Program ke taiping ini merupakan program terakhir 2013 kerana selepas ini cuaca kurang baik. Cadangan ke taiping sebenarnya dibuat setelah tidak jadi ke comeron highland pada bulan ocktober lalu. Penyertaan untuk ke taiping adalah seperti berikut :
1.  Karmizi razali & isteri                     VN 1500
2. Salpini  & isteri                                GTR 1400
3 Suhaimi Pos dan Isteri                      VN 1500
4. Baharin & Isteri                               VN 1500
5. Lani Pomen & Anak                        VN 800
6. Gan Kheng Chiong                          Intruder 800
7. Che Abdullah Derahman                  VN 1500
8. Hisyam                                             ZXR 750
9. Mat Udin Zaki                                  ZXR 250
10. Ustaz Mie                                       VN 800
11. Ismail Kesihatan                              CB 750
12. Mohd Khir                                     VF 750 Magna
13  Judin                                              HD 1600
14  Zaidi                                               Z1000
15. Zairul                                              CBR 1100
16. Che Adnan                                     Kenderaan Bantuan (Hilux)


Jumaat 1 NOV 2013
8.00 Pagi    - Berkumpul kedai Miji
9.00 Pagi    - Bertolak ke Taiping melalui Bachok - Pasir Mas - Lubuk Jong - T.merah - Batu Melintang -
                     Grik - K. Kangsar - Taiping
12.00 thg    - Berhenti makan pagi di Batu Melintang
1.30 Thg     - Berhenti Minum di Salim Kari Kepala Ikan, Grik
3.00 Ptg      - Berhenti Makan tengahari di RR Bukit Gantang tetapi ada yang Sesat Ke RR Sebelah Sungai
                      perak (karmizi, Che Adnan dan seorang rakannya).
5.00 Ptg      - Masing masing bertolak ke Taiping (tapak bike Week). Peserta tak sesat ditimpa hujan tetapi
                      peserta sesat tidak kena hujan
6.00 Ptg      - Ke tempat penginapan, Tmn Sri Jaya, Taiping
6.30 Ptg      - Karmiza dan rakannya yang sesat di K. Kangsar sampai
7.00 Ptg      - Berehat dirumah. Ramai pakai kain langsir sebab pakaian basah dan hilux bawa beg belum
                      Sampai 
8.00 Mlm     - Hilux kenderaan bantuan sampai
9.00 Mlm     - Keluar makan di tasik taiping dan melawat tapak taiing bike week
12.00 Mlm   - Balik dari tasik taiping ke rumah penginapan
                    - Ada yang sesat pulak

Sabtu 2 Nov 2013

8.00 Pagi - Keluar makan pagi di kedai roti canai berhampiran
9.00 pagi  - Bertolak ke Tasik Taiping menyertai himpunan Bike Week
1100 Pagi - Bertoak Balik ke K. Bharu
12.30 Pagi - Satu kumpulan berhenti makan di Tasik Raban dari sekumpulan lagi terus ke Grik
3.00 Ptg     - Berhenti isi minyak di Lawin, Gerik
4.00 Ptg     - Berhenti makan dan sembahyang di RR perah, Grik. Terima berita ada seorang peserta                   bike week taiping (Set tanah merah) kemalangan dan meninggal dunia
4.45 ptg    Bertolak ke batu melintang
6.00 Ptg    - Peserta ditima hujan menyebabkan ada yang motor rosak (tetapi dapat dihudupkan) dan dua
                    motor terbalik (  Hisyam ZXR 750 dan Mohd Khir Magna 750). Peserta tak cedera
7.30 Mlm - Berhenti makan di Jeli setelah motor hisyam dinaikkan atas hilux
8.00 Mlm - Bertolak balik ke Bachok dengan selamat


Gambar Gambar

 





Sunday 7 July 2013

Konvoi Ke Tasilk Banding 5 july 2013

Konvoi ke tasik banding adalah satu program konvoi bermotosikal sambil memancing Juga menikmati keindahan alam semulajadi serta menyusuri tasik dengan boat Konvoi bermula di kedai miji (beris) pukul 8.30 pagi. Alat pancing berseroke diatas belakang dan beg motor memberi petanda awal bahawa banyak ikan akan dibawa pulang Berhenti di ketereh untuk masukkan barangan ke dalam exora man dan tanah merah kerana Eh Thong menunggu. Berhenti makan di Batu Melintang untuk makan dan mengisi minyak. Bergambar dan mengambil angin sejuk di puncak sebelum sampai ke Tasik Banding Aktiviti petang adalah memancing, karoeke, menyusuri tasik dan perkampungan orang asli serta sekumlulan lain ke bandar Grik. Pemancing profesional gagal menaikan seekor ikan pun walaupun kalau dinilai dari joran yang dibawa pasti boleh jual ikan. Esok bertolak balik. Berhenti makan di batu melintang dan ada motor kehabisan minyak. Berhenti makan semula di bukit bunga kerana ada ahli IBC lain (rizal Z800 dan Cik Mat Giat Mara Z1000) menunggu untuk menyambut kepulangan . Di Tanah merah pula ada ahli Tanah Bikers tunggu untuk minum air di bandar Tanah Merah. Ahli yang belum memperolehi rakaman aktiviti konvoi ini boleh dapatkan di kedai Miji. Ahli yang tidak terlibat konvoi juga boleh ambil CD.

Ahi yang menyertai adalah
1. Abg Mie                                  Vulcan 1500
2. Karmizi Razali                          Vulcan 1500
3. Che Abdullah Deraman             Vulcan 1500
4. Ustz Suhaimi                             Vulcan 800
5. Wan Hussin                              Vulcan 800
6. Gan                                          Intruder 800
7. Mohd Asri Rashidi                    Vulcan 750
8. Mohd Khir                                Magna 750
9. Mohd Ridzuan Jusoh                 Vulcan 500
9. Low Eh Thong                          Vulcan 500
10. Din                                          ZXR 250
11. Man Askar                              Exora (kereta)


         





Tuesday 11 June 2013

Aktiviti 2013

1. Lawatan Ke Kuala Krai ( Jun 2013)
6 jun 2013 - Konvoi ke Kuala Krai untuk melawat keluarga Abah VN 500(ahli Krai Bikers yang meninggal dunia pada 3 jun 2013). Penyertaan seramai 8 peserta iaitu Karmizi (VN 1500), Abg Mie (VN 1500), Lani Pomen (VN 800) Ridzuan jusoh (VN 500), Pathi (virago 535), Rakan Pathi (Virago 535), Wan Marshal (GTR 1400) dan Gan (Intruder 800). Keluarganya berada di Kg Sireh, Kuala Krai. Disambut oleh beberapa ahli Krai Bikers. Bertolak balik 12.30 THG.
                                                Di Hadapan Rumah Keluarga Abah Di Kg Sireh