Tuesday 4 March 2014

Konvoi Ke Perlis Bike Fest 28 Feb - 1 March 2014

Konvoi Ke Perlis Bike Fest adalah program konvoi jarak jauh pertama yang dibuat pada tahun 2014. Perancangan untuk ke perlis mendapat sambutan hangat ahli IBC ketika peringkat mesyuarat. Kiraan awal menunjukkan tidak kurang dari 15 buah motosikal akan konvoi ke perlis Perancangan mencari rumah dan kenderaan bantuan giat dijalankan. Merasa amat teruja untuk ke perlis kerana penyertaan memberangsangkan. Satu mesyuarat pada malam 24 Feb di kedai presiden IBC dibuat dengan kehadiran lebih 10 ahli. Booking rumah di perlis dibuat melalui Fadli penerangan yang bertugas di perlis.

Namun begitu, seperti biasa, hari nak pergi ramai peserta "kencing bera". Ada yang tak dibenarkan oleh bini laa, nak gi sabah laa, motor pecah tangki air laa, lembu tak ada orang jaga laa, bini kursus laa, tak leh lesen laa, motor baiki laa, macam macam lagilah Namun begitu, yang cekal dan terus apa yang dikatakan hanyalah 8 buah sahaja  iaitu Salpini dan isteri (GTR1400)), Abg Mie dan isteri (VN 1500), Zaidi dan Isteri (z1000), Mohd Khir (Magna 750), Lani Pomen (VN800), Yazid (VN 500) Mat Giat (VN900) dan Gan (VS800) Konvoi di iringi oleh sebuah Hilux milik Mohd Khir yang dipandu oleh anak lani dan Mat duan (taiko)

Permulaan disertai oleh Karmizi (VN 1500) dan Baharin (VN1500) sampai ke batu melintang Mamun mereka patah balik secara tiba tiba. Konvoi berhenti makan dbatu melintang sambil isi minyak Konvoi diteruskan ke grik sebelum isi minyak di shell grik Mohd Khir dan Yazid nak balik setelah tahu presiden IBC (karmizi) tidak meneruskan konvoi. Mat duan (taiko) kata presiden Kencing bera. Namun Abg mie dapat pujuk mereka meneruskan perjalanan. Perjalanan diteruskan dengan GTR1400 didepan diikuti rapat oleh yazid dan zaidi. Kisah sesat bermula di simpang ke sik Abg mie VN 1500 dan Gan Intruder 800 terus tanpa masuk simpang. Mat giat (VN 900) terus ke Perlis dan masuk ke thailand, Sapini (gtr 1400, Yazid (VN 500), Lani (VN 800) Zaidi Z1000 dan Mohd Khir ikut Sik - Jeniang. Abg Mie dan gan terus perlawas motor ke butterword sebelum turun ke gurun ikut lebuhraya. Harap dapat bertemu di Gurun Namun tak bertemu. Abg mie rosak motor di Alor Star (Bateri Mapuh) Namun Gan bawa bateri Spare. Terus ke changlun dan bertolak ke kangar sampai pukul 6 petang. Peserta lain sampai pukul 3ptg lagi.Ke tapak even bike fest sebelum dijemput fadli ke homestay. Malam - makan malam dengan set motor fadli di restoran tom yam. Kemudian berkonvoi mengelilingi perlis ke kuala perlis sebelum balik ke tapak even Pukul 1 baru balik tidur. Dapat berita 2 kemalangan maut melibatkan motosikal berkuasa tinggi satu di perlis (CBR900) dan satu di pengkalan Hulu (Ducati Dievel)

Esok Pagi pagi lagi salpini dan zaidi  menyertai fadli masuk ke thailand untuk ke hadnyai. Mereka balik ikut thailand dan sampai rumah 4 petang. Tinggal set motor chooper balik ikut grik Selepas makan pagi, lani baiki motor yazid namun tak berjaya Naik Hilux motor yazid Tinggal 4 buah yang meneruskan perjaanan ikut grik. lepas motor yazid naik hilux, motor abg mie pulak beronal. Jumper sampai habis bateri tak hidup. Jumper dengan bateri hilux baru hidup. Nak mula perjaanan, lori sampah mari depan abg mie menyebabkan motor mati semula. jumper pula baru hidup. Sebab dah lewat, konvoi terus balik tampa ke tapak even.Masa balik, zaidi hilang dari konvoi namun bersama semula di gurun. Berhenti makan di gurun Terus ke grik dlm pukul 5 ptg Melintas bukit ke batu melintang dan berhenti sembahyang di batu melintang. Makan di jeli dan balik rumah dalam pukul 11 malam






Add caption

gambar

Friday 8 November 2013

konvoi ke taiping bike week 1 dan 2 November 2013

Konvoi Ke Taiping Bike Week 2013


Program ke taiping ini merupakan program terakhir 2013 kerana selepas ini cuaca kurang baik. Cadangan ke taiping sebenarnya dibuat setelah tidak jadi ke comeron highland pada bulan ocktober lalu. Penyertaan untuk ke taiping adalah seperti berikut :
1.  Karmizi razali & isteri                     VN 1500
2. Salpini  & isteri                                GTR 1400
3 Suhaimi Pos dan Isteri                      VN 1500
4. Baharin & Isteri                               VN 1500
5. Lani Pomen & Anak                        VN 800
6. Gan Kheng Chiong                          Intruder 800
7. Che Abdullah Derahman                  VN 1500
8. Hisyam                                             ZXR 750
9. Mat Udin Zaki                                  ZXR 250
10. Ustaz Mie                                       VN 800
11. Ismail Kesihatan                              CB 750
12. Mohd Khir                                     VF 750 Magna
13  Judin                                              HD 1600
14  Zaidi                                               Z1000
15. Zairul                                              CBR 1100
16. Che Adnan                                     Kenderaan Bantuan (Hilux)


Jumaat 1 NOV 2013
8.00 Pagi    - Berkumpul kedai Miji
9.00 Pagi    - Bertolak ke Taiping melalui Bachok - Pasir Mas - Lubuk Jong - T.merah - Batu Melintang -
                     Grik - K. Kangsar - Taiping
12.00 thg    - Berhenti makan pagi di Batu Melintang
1.30 Thg     - Berhenti Minum di Salim Kari Kepala Ikan, Grik
3.00 Ptg      - Berhenti Makan tengahari di RR Bukit Gantang tetapi ada yang Sesat Ke RR Sebelah Sungai
                      perak (karmizi, Che Adnan dan seorang rakannya).
5.00 Ptg      - Masing masing bertolak ke Taiping (tapak bike Week). Peserta tak sesat ditimpa hujan tetapi
                      peserta sesat tidak kena hujan
6.00 Ptg      - Ke tempat penginapan, Tmn Sri Jaya, Taiping
6.30 Ptg      - Karmiza dan rakannya yang sesat di K. Kangsar sampai
7.00 Ptg      - Berehat dirumah. Ramai pakai kain langsir sebab pakaian basah dan hilux bawa beg belum
                      Sampai 
8.00 Mlm     - Hilux kenderaan bantuan sampai
9.00 Mlm     - Keluar makan di tasik taiping dan melawat tapak taiing bike week
12.00 Mlm   - Balik dari tasik taiping ke rumah penginapan
                    - Ada yang sesat pulak

Sabtu 2 Nov 2013

8.00 Pagi - Keluar makan pagi di kedai roti canai berhampiran
9.00 pagi  - Bertolak ke Tasik Taiping menyertai himpunan Bike Week
1100 Pagi - Bertoak Balik ke K. Bharu
12.30 Pagi - Satu kumpulan berhenti makan di Tasik Raban dari sekumpulan lagi terus ke Grik
3.00 Ptg     - Berhenti isi minyak di Lawin, Gerik
4.00 Ptg     - Berhenti makan dan sembahyang di RR perah, Grik. Terima berita ada seorang peserta                   bike week taiping (Set tanah merah) kemalangan dan meninggal dunia
4.45 ptg    Bertolak ke batu melintang
6.00 Ptg    - Peserta ditima hujan menyebabkan ada yang motor rosak (tetapi dapat dihudupkan) dan dua
                    motor terbalik (  Hisyam ZXR 750 dan Mohd Khir Magna 750). Peserta tak cedera
7.30 Mlm - Berhenti makan di Jeli setelah motor hisyam dinaikkan atas hilux
8.00 Mlm - Bertolak balik ke Bachok dengan selamat


Gambar Gambar

 





Sunday 7 July 2013

Konvoi Ke Tasilk Banding 5 july 2013

Konvoi ke tasik banding adalah satu program konvoi bermotosikal sambil memancing Juga menikmati keindahan alam semulajadi serta menyusuri tasik dengan boat Konvoi bermula di kedai miji (beris) pukul 8.30 pagi. Alat pancing berseroke diatas belakang dan beg motor memberi petanda awal bahawa banyak ikan akan dibawa pulang Berhenti di ketereh untuk masukkan barangan ke dalam exora man dan tanah merah kerana Eh Thong menunggu. Berhenti makan di Batu Melintang untuk makan dan mengisi minyak. Bergambar dan mengambil angin sejuk di puncak sebelum sampai ke Tasik Banding Aktiviti petang adalah memancing, karoeke, menyusuri tasik dan perkampungan orang asli serta sekumlulan lain ke bandar Grik. Pemancing profesional gagal menaikan seekor ikan pun walaupun kalau dinilai dari joran yang dibawa pasti boleh jual ikan. Esok bertolak balik. Berhenti makan di batu melintang dan ada motor kehabisan minyak. Berhenti makan semula di bukit bunga kerana ada ahli IBC lain (rizal Z800 dan Cik Mat Giat Mara Z1000) menunggu untuk menyambut kepulangan . Di Tanah merah pula ada ahli Tanah Bikers tunggu untuk minum air di bandar Tanah Merah. Ahli yang belum memperolehi rakaman aktiviti konvoi ini boleh dapatkan di kedai Miji. Ahli yang tidak terlibat konvoi juga boleh ambil CD.

Ahi yang menyertai adalah
1. Abg Mie                                  Vulcan 1500
2. Karmizi Razali                          Vulcan 1500
3. Che Abdullah Deraman             Vulcan 1500
4. Ustz Suhaimi                             Vulcan 800
5. Wan Hussin                              Vulcan 800
6. Gan                                          Intruder 800
7. Mohd Asri Rashidi                    Vulcan 750
8. Mohd Khir                                Magna 750
9. Mohd Ridzuan Jusoh                 Vulcan 500
9. Low Eh Thong                          Vulcan 500
10. Din                                          ZXR 250
11. Man Askar                              Exora (kereta)


         





Tuesday 11 June 2013

Aktiviti 2013

1. Lawatan Ke Kuala Krai ( Jun 2013)
6 jun 2013 - Konvoi ke Kuala Krai untuk melawat keluarga Abah VN 500(ahli Krai Bikers yang meninggal dunia pada 3 jun 2013). Penyertaan seramai 8 peserta iaitu Karmizi (VN 1500), Abg Mie (VN 1500), Lani Pomen (VN 800) Ridzuan jusoh (VN 500), Pathi (virago 535), Rakan Pathi (Virago 535), Wan Marshal (GTR 1400) dan Gan (Intruder 800). Keluarganya berada di Kg Sireh, Kuala Krai. Disambut oleh beberapa ahli Krai Bikers. Bertolak balik 12.30 THG.
                                                Di Hadapan Rumah Keluarga Abah Di Kg Sireh
                                        

Friday 1 June 2012

Makluman Terkini

Program Buka Puasa Ibc 2014

Tarikh                             10 July 2014
Tempat                            Restoran belakang New Horizon, Kota Bharu
Kos                                 RM 15 Seorang

Dijemput semua ahli ibc menyertai majlis berbuka puasa     

Thursday 31 May 2012

Borang Keahlian IBC

                    
BORANG KEAHLIAN IBC

NAMA                        : _____________________________________

NO I/C                        : _____________________________________

ALAMAT                    : _____________________________________
                                      _____________________________________
                                      _____________________________________

NO TEL                       : _____________________________________

E Mail                           : _____________________________________

SAIZ BAJU                  : ____


MAKLUMAT MOTOSIKAL

NO PENDAFTARAN             : _________________

MODEL                                   : _________________

CC                                            : _________________

TAHUN KELUARAN              : _________________

Hubungi IBC

IBC boleh dihubungi melalui :

1.  Surat Pada Alamat
                              Setiausaha IBC,
                              Pt 171, Taman Sri Ara, Jalan Bukit Marak,
                              16150 Kota Bharu, Kelantan.
2. Telefon             : 013-9276485 (setiausaha Ibc)

3. E Mail              : Tq6370@hotmail.com

4. Facebook        : Gan Kheng Chiong
5 Pusat Berkumpul  : Kedai Motor Miji, Beris, Bachok